Alor Setar & Pengurusan Awam Alor Setar

Penguatkuasaan CCTV

CCTV dikuatkuasakan di Alor Setar pada pertengahan tahun 2010.

  • Simpang Hospital Lama
  • Simpang ke Tesco Mergong
  • Simpang ke Perniagaan Sultan Abdul Hamid
  • Simpang ke Pekan Rabu dan Star Walk
  • Simpang ke Pekan Simpang Kuala
  • Simpang ke Hospital Sultanah Bahiyah
  • Simpang ke Jalan Gangsa
  • Simpang keluar Tol Utara
  • Simpang keluar Tol Selatan
  • Simpang I-City-Jalan Putra-Lebuhraya Darul Aman
  • Simpang Jalan Stadium
  • Simpang Taman Rakyat, Mergong
  • Laluan masuk ke Alor Setar Mall

Penambahan Parking Kereta

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini dalam proses menaik taraf tempat meletak kenderaan terutama di kawasan bandar dan tumpuan ramai berikutan masalah orang ramai yang mengalami kesulitan setiap kali mahu parkir kenderaan di kawasan pusat bandar.

Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Zamzama Mohd berkata, masalah itu akan dapat diatasi setelah bangunan parkir bertingkat siap sepenuhnya kelak. “Kita sedang merancang untuk menambah bilangan petak meletak kenderaan dengan menaik taraf parkir bertingkat di kompleks MBAS,” ujarnya.

Zamzama memberitahu, buat masa ini, hanya paras bawah hingga tingkat enam yang boleh digunakan bagi menempatkan lebih 100 kenderaan. Setelah proses penyelenggaraan dan menaik taraf selesai kelak, ia dijangka dapat menyediakan 300 petak tempat meletak kenderaan.

“Saya berpendapat setelah beroperasi kelak, ia mampu menampung jumlah kenderaan dan masalah tidak cukup parkir akan selesai,” katanya. Beliau menjelaskan, kerja-kerja untuk memulakan projek berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas tawaran tender dibuka kepada kontraktor yang layak.

“Ini alternatif terbaik dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah parkir kerana pusat bandar ketiadaan kawasan lapang untuk dibangunkan kawasan parkir,” tambahnya. Bagi perancangan jangka panjang, katanya, MBAS kini dalam proses memohon kelulusan tanah kuarters lama polis di Jalan Kolam Air bagi dibangunkan sebagai kawasan meletak kenderaan.

“Kita baru sahaja buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan sehingga kini masih menunggu jawapan sama ada diluluskan atau sebaliknya,” jelasnya. Menurutnya, MBAS kini turut memperluaskan penggunaan parkir berkupon dan antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Simpang Kuala, Jalan Pegawai, Kompleks Taman Perindustrian Kristal, Kompleks Perniagaan Shahab Perdana dan Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan.[18]

Tempat-tempat Menarik

Rujukan

WikiPedia: Alor Setar http://web10.bernama.com/maritime/news.php?id=1557... http://www.gdparchitects.com/projects/current/aman... http://www.investasiapacific.com/Awards.htm http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://population.wn.com/country/Malaysia/Kedah/Al... http://www.belleview.com.my/node/124 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=... http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_co...